MH17: ECHR bakal umum keputusan pendengaran kes Belanda terhadap Russia - Utusan Malaysia

MH17: ECHR bakal umum keputusan pendengaran kes Belanda terhadap Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) dijangka mengumumkan sama ada akan mendengar pendakwaan Belanda terhadap Russia berhubung insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 2014.

Kesemua 298 penumpang serta kru dalam pesawat Malaysia Airlines itu terbunuh apabila kapal terbang itu ditembak jatuh peluru berpandu buatan Russia yang dilepaskan oleh puak pemisah Ukraine yang disokong Moscow.

Lapor BBC, kerajaan Belanda dalam pendakwaannya menegaskan maklumat yang disalurkan oleh Russia berhubung peranan Moscow dalam insiden itu merupakan pencabulan hak asasi waris mangsa berkenaan.

Bagaimanapun, Russia menafikan dakwaan tersebut.

Keputusan mahkamah sama ada kes itu akan didengar atau tidak, dijangka diumumkan pada pukul 2.30 petang (waktu tempatan).

Pada Julai 2014, pesawat Boeing 777 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas terkena tembakan peluru berpandu darat-ke-udara ketika konflik memuncak di antara pemberontak pro-Russia dan tentera Ukraine di wilayah Donbas, Ukraine.

Kerajaan Belanda mendakwa Russia memainkan peranan penting dalam nahas pesawat berkenaan dan kes itu bergantung sama ada Moscow mempunyai `kawalan’ ke atas kawasan wilayah Ukraine yang mana lokasi peluru berpandu ditembak.

Pada peringkat ini, ECHR hanya akan memutuskan sama ada kriteria itu dipenuhi untuk meneruskan permohonan kes itu.

Sekiranya mahkamah memutuskan untuk mendengar pendakwaan Belanda, maka ia mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum keputusan diumumkan.

Namun, jika ECHR mengeluarkan keputusan bahawa Russia bersalah, maka Moscow mungkin diwajibkan membayar ganti rugi kepada waris mangsa tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya