Menteri Israel arah turunkan bendera Palestin di tempat awam - Utusan Malaysia

Menteri Israel arah turunkan bendera Palestin di tempat awam

SEORANG penduduk yang membawa bendera Palestin cuba melompat melepasi penghadang dikawal tentera Israel semasa demonstrasi di bandar Salfit, Tebing Barat. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Menteri Dalam Negeri Israel, Itamar Ben-Gvir mengarahkan polis untuk menurunkan bendera Palestin yang terdapat di sekitar tempat awam.   

Undang-undang Israel tidak melarang bendera Palestin dikibarkan namun polis dan tentera mempunyai hak untuk menurunkannya sekiranya dianggap mengancam ketenteraman awam. 

Arahan dikeluarkan oleh Ben-Gvir, yang mengetuai parti ultranasionalis dalam kerajaan baharu Benjamin Netanyahu, seolah-olah menunjukkan pemimpin itu berpendirian keras dalam langkah menurunkan bendera Palestin.

Keputusan itu dibuat selepas seorang tahanan Palestin yang sudah lama menjalani hukuman dan dibebaskan minggu lalu, bertindak mengibarkan bendera Palestin ketika disambut bagai wira pahlawan di kampungnya utara Israel. 

Individu itu disabitkan atas kesalahan menculik dan membunuh seorang tentera Israel pada tahun 1983.   

Ben-Gvir menyatakan tindakan mengibarkan bendera Palestin adalah seperti perbuatan menyokong keganasan. 

“Pelanggar undang-undang tidak seharusnya mengibarkan bendera itu, menghasut dan menggalakkan keganasan.   

“Jadi, saya mengarahkan bendera itu yang berada di tempat awam diturunkan dan menghentikan hasutan terhadap Israel,” katanya dalam kenyataan. 

Penduduk Arab yang menetap di Israel merangkumi kira-kira satu perlima daripada keseluruhan populasi, malah kebanyakannya merupakan keturunan Palestin yang kekal berada dalam wilayah baharu diasaskan selepas perang kemerdekaan 1948.   

Sementara itu, Israel menggantung pas perjalanan VIP milik Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki yang memudahkan pergerakan di dalam dan sekitar Tebing Barat.

Tindakan itu dilihat sebagai sebahagian tindak balas terhadap usaha Palestin membawa konflik membabitkan Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Pembantu kepada Menteri Luar Palestin, Ahmed Al-Deek berkata, pengawal sempadan merampas pas perjalanan Riyad ketika pemimpin itu sedang memasuki Tebing Barat dari Jordan. 

“Bagaimanapun, Riyad tetap akan melakukan tugasan dan aktiviti diplomatiknya tanpa pas tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Israel memaklumkan pas VIP milik tiga lagi pengawai kanan Palestin ditarik balik, sebagai tindak balas individu berkenaan melawat seorang penduduk minoriti Arab Israel yang dipenjarakan kerana membunuh anggota tentera. – REUTERS  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.