Lelaki tular, anjur majlis pengebumian diri sendiri  - Utusan Malaysia

Lelaki tular, anjur majlis pengebumian diri sendiri 

BALTAZAR LEMOS muncul di majlis pengebumian palsu dirinya yang diadakan di sebuah gereja di Curitiba.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Seorang lelaki Brazil mencetuskan kemarahan rakan dan keluarganya selepas sengaja memalsukan kematiannya semata-mata untuk melihat siapa yang akan menghadiri majlis pengebumiannya.

Lapor Oddity Central, Baltazar Lemos, 60, yang pernah menguruskan ratusan majlis pengebumian, membuat pengumuman palsu di laman Facebooknya menggunakan akaun lain kononnya dia telah meninggal dunia pada 10 Januari lalu.

Lemos juga sempat memuat naik gambar Hospital Albert Einstein di Sao Paulo untuk membuatkan ramai percaya dia dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan sebelum itu. 

Keluarga Lemos terkejut dengan pengumuman itu kerana tiada siapa yang tahu dia berada di hospital malah salah seorang anak saudaranya bergegas ke hospital berkenaan untuk bertanya tentangnya, tetapi kakitangan memberitahu tiada sebarang rekod mengenainya.

Rakan dalam talian Lemos mula berkongsi berita tragis itu dan memberi penghormatan selain bertanya tentang punca kematiannya di ruang komen tetapi tiada penjelasan diberikan sebaliknya, masa dan tempat upacara pengebumian disiarkan di akaun Facebook ahli istiadat itu.

Pada 18 Januari lalu, rakan-rakan dan keluarga Lemos berkumpul di sebuah gereja kecil di bandar kelahirannya di Curitiba untuk upacara pengebumian dan ketika suara Lemos mula menceritakan kehidupannya, beberapa orang yang hadir mula menangis memikirkan ia adalah rakaman si mati. 

Lemos kemudian muncul di hadapan mereka tetapi sebaik sahaja dia menjelaskan bahawa dia telah memalsukan kematiannya sekadar untuk mengetahui adakah ada yang akan meratapi, memberi penghormatan terakhir dan menghadirkan diri ke majlis pengebumiannya, para hadirin mula mencemuhnya.

Kisah Lemos tular di media sosial sehingga mendapat perhatian media yang ingin mengetahui punca dia berbuat demikian.  

“Saya mempunyai idea itu lima bulan lalu. Saya mahu menjadikannya kelihatan seperti saya benar-benar mati. Orang menafsirkannya dengan cara mereka sendiri. Sebenarnya saya hanya ingin tahu siapa yang akan datang kepada saya.

“Saya tidak memberitahu sesiapa, kerana saya berharap ia akan berjaya. Saya tidak berniat untuk mencederakan, menyinggung perasaan, atau menyebabkan sebarang bahaya kepada sesiapa. Saya benar-benar meminta maaf kepada mereka,” kata Lemos kepada wartawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya