Kemuncak Covid-19 dijangka berlarutan tiga bulan lagi - Utusan Malaysia

Kemuncak Covid-19 dijangka berlarutan tiga bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kemuncak gelombang Covid-19 China dijangka berlarutan dua hingga tiga bulan lagi dan bakal merebak ke kawasan luar bandar yang luas di mana sumber perubatan agak terhad, lapor pakar epidemiologi China.

Jangkitan dijangka meningkat di kawasan luar bandar apabila ratusan juta penduduk pulang ke kampung halaman mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Bekas ketua ahli epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Zeng Guang menegaskan wabak berkenaan belum berakhir.

“Tumpuan keutamaan kami adalah di bandar-bandar besar. Sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar,” kata Guang dipetik laporan media Caixin

Pihak berkuasa berkata, mereka sedang berusaha untuk menambah baik bekalan ubat antivirus di seluruh negara dan pil Molnupiravir dijangka tersedia di China mulai hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu ini juga memberi amaran tentang risiko yang berpunca daripada perjalanan ketika musim cuti.

Agensi itu berkata, China masih kurang melaporkan kematian akibat Covid-19 walaupun kini menyediakan lebih banyak maklumat mengenai wabaknya.

Kementerian luar China berkata, pegawai kesihatan negara itu telah mengadakan lima pertukaran teknikal dengan WHO sejak sebulan lalu dan cukup telus berhubung isu itu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN