Kapsul radioaktif berbahaya hilang di Australia - Utusan Malaysia

Kapsul radioaktif berbahaya hilang di Australia

SEBUTIR kapsul bahan radioaktif hilang selepas diangkut dari lombong berhampiran Newman di Australia Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Usaha pencarian sedang dijalankan di Australia Barat selepas kapsul kecil yang mengandungi bahan radioaktif dilaporkan hilang.

Lapor BBC, kelongsong berbentuk kapsul kecil berukuran kira-kira lapan milimeter mengandungi bahan radioaktif Caesium-137 itu sangat berbahaya dan dikhuatiri boleh menyebabkan penyakit yang serius jika disentuh.

Bahan radioaktif itu dilaporkan hilang ketika diangkut dengan sebuah trak pada jarak kira-kira 1,400 kilometer di antara tapak lombong di utara bandar Newman dan bandar Perth sekitar 10 hingga 16 Januari lalu.

Ketua Pegawai Kesihatan dan Pengerusi Majlis Radiologi, Dr. Andrew Robertson berkata, kapsul itu boleh menyebabkan luka terbakar serta kesan radiasi selain mempunyai risiko jangka panjang seperti kanser.

“Kebimbangan kami ialah seseorang akan mengambil dan menyentuhnya.

“Mereka mungkin fikir ia sesuatu yang menarik dan mahu menyimpannya di dalam bilik, di dalam kereta atau mungkin memberikannya kepada seseorang tanpa mengetahui bahan sekecil itu mempunya kesan radiasi yang cukup kuat,” katanya.

Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan (DFES) telah mengeluarkan ilustrasi objek berkenaan dan meminta orang ramai di kawasan sekitar untuk berjaga-jaga.

“Lokasi di mana proses pengangkutan bermula dan berakhir telah diketahui dan usaha sedang dijalankan untuk mengetahui laluan dan perhentian yang tepat bagi mengecilkan skop pencarian.

“Sesiapa yang melihat objek itu diminta menghubungi DFES dan mendapatkan bantuan perubatan segera jika mereka telah bersentuhan dengannya,” jelas badan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya