Jepun mulakan latihan udara bersama yang pertama dengan India - Utusan Malaysia

Jepun mulakan latihan udara bersama yang pertama dengan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun dan India memulakan latihan jet pejuang bersama pertama berhampiran Tokyo ketika kedua-dua negara meningkatkan hubungan pertahanan dan keselamatan berikutan ancaman kekuatan tentera China yang semakin meningkat.

Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, latihan bersama selama 11 hari itu akan melibatkan lapan jet pejuang Jepun dengan India menghantar empat pesawat pejuang, dua pesawat pengangkut dan sebuah kapal pengisi minyak.

Kira-kira 150 anggota Tentera Udara India mengambil bahagian dalam latihan di Pangkalan Udara Hyakuri di wilayah Ibaraki di timur laut Tokyo.

Latihan itu dipersetujui oleh kedua-dua negara semasa perbincangan antara Menteri Pertahanan serta Meteri Luar Jepun dan India pada tahun 2019, tetapi terpaksa ditangguhkan akibat wabak Covid-19.

Jepun dan India bersama Australia dan Amerika Syarikat (AS) adalah sebahagian daripada pakatan ‘Quad’ iaitu kumpulan kuasa serantau yang semakin prihatin terhadap pengaruh ketenteraan dan ekonomi China.

Tokyo telah mengadakan beberapa latihan ketenteraan bersama sejak beberapa bulan lalu selain merombak strategi pertahanan serta keselamatannya dan secara jelas menyuarakan kebimbangannya tentang China.

Pada bulan Disember tahun lalu, kerajaan Perdana Menteri, Fumio Kishida komited untuk menggandakan perbelanjaan pertahanan kepada dua peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2027 dan menggelar China sebagai cabaran strategik paling besar terhadap keselamatan Jepun.

Minggu lalu, Jepun menandatangani perjanjian pertahanan baharu dengan Britain dan bersetuju untuk meluaskan perjanjian pertahanan bersama dengan Washington terhadap serangan udara.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya