Rakyat China kini 'bebas' sekatan Covid-19

Rakyat China kini ‘bebas’ sekatan Covid-19

PENDUDUK membeli makanan di gerai tepi jalan selepas sekatan Covid-19 di Urumqi, wilayah Xinjiang dilonggarkan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Lebih banyak bandar di seluruh China termasuk Urumqi di wilayah Xinjiang mula melonggarkan sekatan Covid-19, selepas siri protes yang ‘mencabar’ polisi sifar koronavirus yang dilaksanakan kerajaan.

Urumqi yang menjadi lokasi pertama tercetusnya protes menentang polisi itu membuka semula pusat membeli-belah, pasar, restoran dan tempat awam bermula semalam.

Sejak semalam, beberapa bandar utama lain turut mengambil langkah sama dengan melonggarkan sekatan Covid-19, termasuk perintah berkurung, kewajipan melakukan ujian saringan dan menjalani kuarantin.

Naib Presiden China, Sun Chunlan turut mengakui keupayaan virus maut itu untuk mencetuskan gelombang jangkitan besar-besaran adalah ‘lemah’.

Dalam pada itu, langkah melonggarkan sekatan Covid-19 adalah berbeza mengikut bandar di seluruh negara dengan penduduk di Zhengzhou yang menempatkan kilang iPhone terbesar dunia tidak perlu lagi melakukan ujian saringan bagi menaiki pengangkutan awam dan pergi pusat beli-belah.

Pusat karaoke, salon kecantikan dan pusat rekreasi tertutup juga boleh beroperasi semula, namun perlu menunjukkan tiada pekerja dijangkiti koronavirus dalam tempoh 48 jam.

Pendekatan sama turut dilaksanakan di Shanghai.

Di Beijing, pihak berkuasa memaklumkan, pembelian ubat demam, batuk dan sakit tekak tidak perlu lagi didaftarkan kerana sebelum ini, penduduk yang membuat pembelian tersebut dianggap mahu menyembunyikan jangkitan Covid-19.

Selain itu, penduduk yang dijangkiti Covid-19 juga boleh menjalani kuarantin di rumah, tanpa perlu duduk di pusat kuarantin disediakan kerajaan seperti sebelum ini.

Sementara itu, jumlah jangkitan harian baharu direkodkan menurun di seluruh negara dengan kiraan 31,824. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.