Pemandu lori mogok, stesen minyak Korea Selatan habis bekalan - Utusan Malaysia

Pemandu lori mogok, stesen minyak Korea Selatan habis bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Lebih 100 stesen minyak di Korea Selatan kehabisan bekalan berikutan mogok besar-besaran oleh pemandu lori di seluruh negara.

Kesatuan sekerja kebangsaan berkata, ia akan melancarkan mogok umum hari ini sebagai tanda sokongan kepada pemandu.

Pemandu lori melancarkan mogok berikutan program gaji minimum yang bermula pada 24 November, menyaksikan dua sesi rundingan antara kesatuan dan kerajaan, namun belum mencapai sebarang kata sepakat.

Berikutan bekalan bahan api dan bahan binaan yang semakin berkurangan, kerajaan Korea Selatan telah meningkatkan tekanan untuk menamatkan mogok tersebut.

Presiden, Yoon Suk-yeol kelmarin mengarahkan persiapan untuk mengeluarkan perintah kembali bekerja untuk pemandu dalam sektor seperti penapisan minyak dan pembuatan keluli, di mana gangguan ekonomi tambahan dijangka.

Suk-yeol minggu lalu memohon perintah sedemikian, yang pertama dalam sejarah negara, untuk 2,500 pemandu lori dalam industri simen.

Gabungan Kesatuan Sekerja Korea (KCTU), kesatuan yang menaungi kesatuan pemandu lori itu menyifatkan perintah ‘mula kerja’ oleh Presiden sama dengan undang-undang tentera dan berkata kerajaan harus berunding.

KCTU berkata, ia telah merancang untuk melakukan mogok hari ini bagi menyokong bantahan pemandu lori.

Sehingga petang semalam, hampir 100 stesen minyak telah kehabisan minyak.

Kira-kira 60 peratus daripada mereka berada di wilayah Seoul dan Gyeonggi, wilayah berpenduduk padat berhampiran ibu negara, menurut data Korea National Oil Corp.

Angka itu meningkat daripada 21 stesen minyak yang dikatakan kementerian industri kehabisan bahan api pada 28 November.-REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya