New York, Singapura kongsi tempat jadi bandar termahal dunia

New York, Singapura kongsi tempat jadi bandar termahal dunia

NEW York buat pertama kali tersenarai sebagai bandar termahal di dunia, berkongsi tempat dengan Singapura. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: New York dan Singapura menjadi dua bandar paling mahal untuk didiami di dunia selepas kadar inflasi global terus menunjukkan trend peningkatan.

Gabungan dua bandar itu mengetepikan Tel Aviv yang kali ini jatuh ke ke tempat ketiga bagi bandar paling mahal untuk didiami berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Indeks Kos Hidup Seluruh Dunia.

Kajian itu secara tidak langsung mendedahkan New York buat pertama kalinya tersenarai sebagai bandar paling mahal di dunia, manakala Damsyik dan Tripoli kekal sebagai bandar termurah.

Kajian yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) pada Ogos dan September lalu itu juga menunjukkan kenaikan harga barang mencecah purata 8.1 peratus di 172 bandar utama.

Selain itu, kenaikan nilai mata wang Amerika Syarikat (AS) turut mempengaruhi kos hidup penduduk di sesebuah bandar.

Keadaan itu menyaksikan 50,000 harga barangan di seluruh dunia dijual dalam dolar AS.

Dalam pada itu, Los Angeles dan San Francisco turut masuk dalam 10 bandar teratas paling mahal di dunia.

Moscow dan Saint Petersburg juga merekodkan peningkatan mendadak dalam kenaikan harga barangan iaitu 88 dan 70 peratus akibat perang yang berlaku di Ukraine.

Ketua kajian, Upasana Dutt berkata, sekatan Barat terhadap Russia dan dasar sifar Covid-19 yang dilaksanakan China menyebabkan rantaian bekalan terjejas, selain diburukkan dengan kenaikan kadar faedah.

“Kami dapat melihat dengan jelas kesan dalam indeks tahun ini dan keadaan mungkin menjadi lebih mencabar pada masa akan datang,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya