Asmaraloka Fest 2026 kembali lebih besar, janjikan pengalaman konsert bertaraf antarabangsa - Utusan Malaysia

Asmaraloka Fest 2026 kembali lebih besar, janjikan pengalaman konsert bertaraf antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selepas mencetuskan fenomena luar biasa pada edisi terdahulu, Asmaraloka Fest kini kembali dengan skala yang lebih besar dan dinamik bagi menemui peminat muzik tanah air pada 4 Julai ini.

Bertempat di Ipoh Convention Centre (ICC), festival kali ini bakal menghimpunkan kira-kira 4,500 pengunjung dalam satu suasana yang menggabungkan elemen muzik, komuniti dan pengalaman visual yang interaktif.

Berbeza dengan konsert konvensional, Asmaraloka Fest 2026 mengangkat konsep festival yang lebih santai dengan menampilkan 9 barisan artis serta band tempatan popular. Ia bertujuan untuk memberikan ruang kepada peminat menikmati persembahan bertaraf antarabangsa sambil menyokong bakat tempatan.

Penganjur menekankan komitmen mereka untuk menyediakan pengalaman festival berkualiti tinggi yang setanding dengan standard industri semasa, namun tetap mengekalkan harga tiket yang mampu milik bagi golongan belia.

Asmaraloka Fest 2026

Tiket kini boleh didapati dalam dua kategori utama iaitu Kategori Mati Rasa (RM178) dan Kategori Patah Hati (RM148).

Bagi mereka yang tidak mahu melepaskan peluang, pembelian tiket boleh dibuat secara dalam talian melalui platform Ticket2U di https://www.ticket2u.com.my/asmaraloka-2026.

Peminat disarankan untuk merebut tawaran Early Bird dengan potongan RM30 bagi setiap tiket sebelum tempoh promosi berakhir. Sebarang pengumuman lanjut mengenai barisan artis dan kejutan istimewa akan dikemaskini dari semasa ke semasa di media sosial rasmi @fuse.muzika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN