Kanak-kanak 7 tahun diculik, dibunuh pemandu FedEx - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 7 tahun diculik, dibunuh pemandu FedEx

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALLAS: Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemukan di Texas dua hari selepas dia didakwa diculik oleh pemandu syarikat FedEx yang menghantar bungkusan ke rumahnya.

Polis Wise County, Sheriff Lane Akin mengesahkan, mayat Athena Strand ditemukan kira-kira 16 kilometer (km) dari lokasi dia diculik dan mangsa dipercayai meninggal dunia hanya dalam tempoh kurang satu jam selepas dia diculik.

ATHENA STRAND

Suspek, Tanner Horner, 31, dari Lake Worth yang disahkan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa mengaku menculik serta membunuh kanak-kanak itu dan ditahan dengan bon berjumlah AS$1.5 juta (RM6.5 juta).

Menurut Pejabat Syerif Daerah Wise, dalam kejadian Rabu lalu, Strand baru pulang dari sekolah dan berada di luar rumahnya selepas bertengkar dengan ibu tirinya ketika Horner sedang menghantar pakej FedEx ke rumah tersebut di Paradise.

Selepas menyedari Strand tidak kembali ke dalam dan tidak ditemui di dalam bilik tidur, ibu tirinya melaporkan kehilangannya dan polis percaya kanak-kanak itu berkemungkinan diculik di jalan masuk di hadapan rumahnya.

Polis dapat menghubungkan lokasi antara kehilangan Strand dan laluan penghantaran Horner dengan bantuan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Texas Rangers dan Pejabat Sheriff Wise County walaupun dua petunjuk awal membawa pasukan penyiasat ke lokasi salah.

Akin turut memberi penghormatan kepada penduduk tempatan dan sukarelawan yang turut turun padang membantu pihak berkuasa dalam operasi pencarian kanak-kanak malang itu.

Kelmarin, FedEx turut mengeluarkan kenyataan dan ucapan takziah mereka kepada keluarga mangsa.

“Perkataan tidak dapat menggambarkan rasa terkejut kami terhadap laporan yang mengelilingi peristiwa tragis ini. Pertama sekali, simpati kami bersama keluarga pada masa yang paling sukar ini,” jelas kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.