Seks luar nikah satu jenayah di Indonesia - Utusan Malaysia

Seks luar nikah satu jenayah di Indonesia

EDWARD OMAR SHARIF HIARIEJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Parlimen Indonesia hari ini meluluskan undang-undang yang menetapkan hubungan seks luar nikah sebagai jenayah bagi rakyatnya serta pelancong warga asing.

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Edward Omar Sharif Hiariej, berkata undang-undang itu bagaimanapun tidak akan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menjelaskan selepas proses ratifikasi, kanun jenayah baharu berkenaan mesti ditandatangani terlebih dahulu oleh Presiden.

“Undang-undang baharu ini mempunyai banyak peraturan berkait pelaksanaan yang harus diselesaikan, justeru mustahil dilakukan dalam tempoh setahun,” katanya sambil memaklumkan transisi daripada kanun lama kepada baharu itu dijangka mengambil masa maksimum tiga tahun.

Berdasarkan salinan pindaan kanun jenayah itu, ia antara lain meliputi beberapa artikel disemak semula yang menjadikan kesalahan hubungan seks luar nikah boleh dihukum penjara setahun, manakala bersekedudukan pula selama enam bulan.

Bagaimanapun, pertuduhan zina mesti berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pasangan, ibu bapa atau anak tertuduh.

Tindakan mempromosikan pencegahan kehamilan serta menghina agama turut diharamkan, selain mengembalikan larangan menghina presiden dan naib presiden yang sedang memegang jawatan, institusi negara serta ideologi kebangsaan. Kes menghina Presiden mesti dilaporkan oleh pemimpin itu sendiri, dan boleh dihukum penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Hiariej berkata, kerajaan memberikan ‘penjelasan paling tegas sedapat mungkin yang membezakan antara penghinaan dengan kritikan.’ – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya