Indonesia bebaskan dalang bom Bali, Australia bantah

Indonesia bebaskan dalang bom Bali, Australia bantah

UMAR PATEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang anggota militan disabitkan kesalahan membuat bahan letupan yang digunakan dalam tragedi pengeboman Bali pada 2002 dibebaskan kelmarin, selepas menjalani separuh daripada hukuman asal 20 tahun yang dikenakan terhadapnya.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat tentangan kuat daripada Australia, yang kehilangan berpuluh rakyatnya dalam tragedi yang mengorbankan lebih 200 nyawa itu.

Hisyam Alizein, yang juga dikenali sebagai Umar Patek, ialah anggota utama rangkaian serpihan Al-Qaeda, Jemaah Islamiyah (JI), yang dipersalahkan atas letupan di dua kelab malam di Pantai Kuta.

Umar didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Jakarta Barat kerana membantu menghasilkan bom kereta yang diletupkan individu lain di luar Kelab Sari di Kuta pada malam 12 Oktober 2002.

Sebelum itu, bom yang lebih kecil dalam beg galas diletupkan oleh pengebom berani mati di kelab malam berdekatan, Paddy’s Pub. Serangan itu membunuh 202 orang, kebanyakannya pelancong asing, termasuk 88 warga Australia.

Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan, Umar, 55, berkelakukan baik dalam penjara dan mereka akan menggunakannya untuk mempengaruhi militan lain supaya menjauhi keganasan.

Jurucakap Jabatan Pembetulan di Kementerian Kehakiman, Rika Aprianti, berkata Umar menerima beberapa siri pengurangan hukuman, yang sering diberikan kepada banduan ketika cuti hari kebesaran dan kerana berkelakuan baik.

Rika berkata, pihak berkuasa akan memantau Umar dan dia perlu mengambil bahagian dalam program bimbingan sehingga parol tamat pada 29 April 2030.

Jelasnya, Umar diiringi dari penjara Porong di wilayah Jawa Timur oleh skuad antikeganasan Polis Negara, dikenali sebagai Densus 88, untuk pulang ke rumah keluarganya di Surabaya.

“Jika dia membuat sebarang pelanggaran dalam tempoh parol, maka dia akan kembali ke penjara,” katanya.

Umar meninggalkan Bali sejurus sebelum serangan dan menghabiskan sembilan tahun dalam buruan, dianggap sebagai salah seorang suspek pengganas paling dikehendaki di Asia. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya