Dua maut dalam protes tuntut pilihan raya baharu di Peru - Utusan Malaysia

Dua maut dalam protes tuntut pilihan raya baharu di Peru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Sekurang-kurangnya dua orang maut di Peru selepas polis bertempur dengan penunjuk perasaan yang menuntut negara itu mengadakan pilihan raya umum baharu dan pembebasan bekas Presiden, Pedro Castillo.

Lapor Al Jazeera, insiden itu berlaku ketika protes membantah penyingkiran dan penahanan Castillo meletus di seluruh Peru terutamanya di utara dan bandar Andes.

Castillo dipecat oleh Kongres dan ditahan kerana cuba membubarkan badan perundangan dalam usaha menghalang undian pemecatan terhadapnya.

Bekas presiden itu kemudian didakwa atas kesalahan melakukan pemberontakan dan konspirasi.

Dina Boluarte, bekas pendakwa raya yang pernah berkhidmat sebagai naib presiden, mengangkat sumpah bagi menggantikan Castillo.

Penunjuk perasaan, kebanyakannya terdiri daripada penyokong Castillo, menuntut Peru mengadakan pilihan raya baharu daripada membenarkan Boluarte terus berkuasa sehingga penggal Castillo berakhir pada 2026.

Malah, beberapa penunjuk perasaan juga menggesa Kongres ditutup.

Protes tercetus di beberapa bandar di seluruh kawasan pedalaman Peru termasuk Cajamarca, Arequipa, Huancayo, Cusco and Puno.

Menurut pihak berkuasa, pertempuran tercetus ketika penunjuk perasaan cuba menyerbu lapangan terbang di bandar selatan Andahuaylas di wilayah Apurimac.

Ketua pejabat ombudsman Peru, Eliana Revollar berkata, seorang remaja berusia 15 dan 18 tahun meninggal dunia semasa pertempuran dengan polis di bandar itu  `mungkin akibat luka tembakan’.

Gabenor wilayah Apurimac, Baltazar Lantaron berkata, empat orang cedera dan sudah menerima rawatan di hospital.

Katanya, tiga daripada mangsa itu dengan luka di bahagian kepala, mengalami pelbagai kecederaan.

Ratusan penunjuk perasaaan turut mengadakan protes di bangunan perundangan di Lima yang mana polis anti-rusuhan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya