18 kru Sukhothai ditemukan maut, 11 lagi hilang

18 kru Sukhothai ditemukan maut, 11 lagi hilang

TENTERA Laut Diraja Thailand mengusung keranda yang membawa seorang daripada anak kapal HTMS Sukhothai yang terkorban selepas kapal itu karam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tiga lagi mayat anak kapal HTMS Sukhothai ditemukan selepas kapal itu karam di Teluk Thailand sejak seminggu lalu.

Sukhothai karam pada 18 Disember lalu, kira-kira 37 kilometer di tenggara Thailand akibat di badai ombak besar.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan berjaya menyelamatkan 76 anak kapal, namun hampir 30 orang dilaporkan hilang.

“Kami menemukan tiga lagi mayat dipercayai merupakan anak kapal Sukhothai.

“Kesemua mayat tersebut akan menjalani proses bedah siasat dan pengecaman identiti yang mengambil masa selama tiga hingga empat hari,” kata jurucakap Tentera Laut Thailand, Pogkrong Montradpalin.

Beliau memaklumkan, insiden itu menyebabkan tangki minyak kapal berkenaan bocor, sekali gus mencemarkan kawasan sekitar.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mengisytiharkan kawasan terjejas sebagai ‘zon pencegahan bencana’.

Penemuan tiga mayat berkenaan menjadikan jumlah anak kapal yang terkorban sehingga kini adalah seramai 18 orang.

Selain itu, seramai 11 lagi anak kapal hilang dan proses SAR akan diteruskan untuk tempoh beberapa hari akan datang.

pelbagai aset digunakan untuk melakukan operasi tersebut termasuk pemantauan dari udara menggunakan helikopter tentera, dron dan kapal perang.

Pada Selasa lalu, pegawai tertinggi tentera Thailand, Chonlathis Navanugraha menyifatkan insiden itu sebagai ‘satu daripada yang terburuk’ pernah berlaku dalam sejarah negara ini.

Sukhothai mengalami kerosakan sistem selepas bahagian enjinnya dimasuki air akibat ombak besar sebelum karam.

Kapal itu mula digunakan pada 1987 dan dibina di Amerika Syarikat (AS). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya