10,000 polis, tentera dikerah banteras kegiatan mafia di El Salvador

10,000 polis, tentera dikerah banteras kegiatan mafia di El Salvador

PASUKAN keselamatan menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat kegiatan mafia di Soyapango, El Salvador kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN SALVADOR: Seramai 10,000 anggota tentera dan polis dikerah ke bandar Soyapango yang terletak di pinggir San Salvador ketika kerajaan meneruskan usaha membanteras kumpulan mafia di negara ini.

Menurut Presiden El Salvador, Nayib Bukele, operasi itu merupakam sebahagian daripada perintah darurat yang dilaksanakan berikutan peningkatan serangan keganasan melibatkan sejumlah kumpulan mafia.

“Ketika ini, bandar Soyapango sudah dikepung sepenuhnya dan operasi besar-besaran akan dilakukan bagi membanteras kegiatan kumpulan mafia yang semakin berleluasa,” katanya menerusi Twitter.

Pada bulan lalu, Bukele mengumumkan rancangan beliau untuk menggunakan pasukan keselamatan bagi mengepung bandar tersebut bagi menjalankan operasi rumah ke rumah untuk mencari anggota kumpulan mafia.

Jelasnya, anggota keselamatan akan menahan mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah di bandar tersebut.

Pada awal pagi semalam, pasukan keselamatan ditempatkan di semua lokasi, termasuk jalan-jalan utama keluar dan masuk ke bandar itu, selain tidak membenarkan semua penduduk keluar selagi pemeriksaan tidak dilakukan.

Sejak Bukele melaksanakan perintah darurat pada Mac lalu, lebih 58,000 suspek anggota mafia dan kartel dadah ditahan, biarpun mendapat kritikan meluas daripada badan hak asasi manusia.

Dalam pada itu, Datuk bandar Soyapango, Nercy Montano menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai meningkatkan keselamatan di bandar berkenaan yang sebelum ini dikategorikan tidak selamat berikutan kegiatan jenayahnya.

Pelaksanaan perintah darurat itu menyaksikan semua individu boleh ditahan tanpa sebarang waran atau arahan mahkamah.

Langkah tersebut diambil selepas 87 nyawa melayang akibat rusuhan ganas antara kumpulan mafia pada 25 dan 27 Mac lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya