Satu bilion belia di seluruh dunia berisiko pekak

Satu bilion belia di seluruh dunia berisiko pekak

MENDENGAR lagu menggunakan fon kepala dalam tempoh panjang dan volum kuat boleh menjejaskan sistem pendengaran secara perlahan-lahan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Dianggarkan satu bilion belia di seluruh dunia berisiko menjadi pekak atau mempunyai masalah pendengaran kerana tabiat mendengar muzik menggunakan fon kepala dan sering menghadiri lokasi yang memasang muzik dengan kuat.

Kajian yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa golongan tersebut supaya berhati-hati dengan tabiat mendengar mereka, selain mendesak kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan masalah itu.

Analisis yang diterbitkan dalam jurnal BMJ Global Health yang meneliti data dari 33 penyelidikan di Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Russia sejak lebih dua dekad lalu melibatkan lebih 19,000 responden berusia antara 12 hingga 34 tahun.

Kajian itu mendapati 24 peratus golongan muda mempunyai amalan pendengaran yang tidak sihat ketika menggunakan fon kepala.

Sebanyak 48 peratus pula terdedah dengan bunyi bising keterlaluan seperti di pusat hiburan dan konsert.

Menggabungkan dua penemuan itu, kajian tersebut menganggarkan antara 670,000 hingga 1.35 bilion belia berisiko menjadi pekak.

Pakar audiologi di Universiti Perubatan South Carolina, Lauren Dillard menyatakan, kaedah terbaik untuk mengurangkan risiko pekak adalah memperlahankan volum dan mendengar lagu dalam tempoh pendek apabila menggunakan fon kepala.

“Namun, orang muda memang suka mendengar muzik sekuat hati mereka.

“Plag telinga juga boleh digunakan semasa menghadiri konsert bagi melindungi pendengaran, namun pada mereka, apalah gunanya datang ke konsert, namun perlu hadkan pendengaran?

“Mereka perlu peka keadaan itu tidak bagus bagi kesihatan jangka panjang,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya