Polis dikerah berkawal seluruh negara, protes China semakin reda

Polis dikerah berkawal seluruh negara, protes China semakin reda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Siri tunjuk perasaan yang tercetus sejak minggu lalu dilaporkan mulai reda apabila pasukan keselamatan ditempatkan di beberapa bandar utama di seluruh China.

Pasukan keselamatan mendirikan pagar halangan di sejumlah jalan utama di seluruh Shanghai, selain membuat beberapa penahanan melibatkan penunjuk perasaan.

Protes besar-besaran itu tercetus apabila sebuah blok kediaman di Urumqi, Xinjiang terbakar dan menyebabkan 10 orang maut pada Khamis lalu.

Rakyat di negara ini percaya, penduduk di blok tersebut tidak dapat menyelamatkan diri kerana perintah berkurung Covid-19, namun pihak berkuasa menolak dakwaan tersebut.

Selain itu, pihak berkuasa China juga menyekat platform media sosial daripada berkongsi imej, gambar dan audio mengenai protes yang berlaku.

Dianggarkan jutaan hantaran ditapis, selain media tempatan juga ‘mendiamkan’ situasi yang berlaku menerusi berita Piala Dunia Qatar dan pencapaian program angkasa lepas China.

Tunjuk perasaan yang dirancang di Beijing semalam juga tidak dapat dilaksanakan apabila puluhan anggota polis memenuhi kawasan perhimpunan.

Biarpun protes dapat diredakan, penduduk negara ini memaklumkan mereka tidak akan berdiam diri dan menggesa pucuk pimpinan kerajaan, terutamanya Presiden Xi Jinping meletak jawatan segera.

Kebanyakan masyarakat menyifatkan pentadbiran Jinping hanya menyebabkan mereka ‘semakin tersekat dan tertekan’ berikutan polisi sifar Covid-19 yang dilaksanakan.

Semntara itu, Amerika Syarikat (AS) menyatakan sokongan terhadap penduduk China yang melakukan protes tersebut dan menyifatkannya sebagai suara rakyat terhadap kepincangan kerajaan.

White House turut menyatakan rakyat China perlu diberi hak untuk menyampaikan suara mereka dalam protes aman. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya