New Zealand pertimbang ubah usia layak mengundi kepada 16 tahun - Utusan Malaysia

New Zealand pertimbang ubah usia layak mengundi kepada 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Ahli Parlimen New Zealand akan melakukan undian sama ada mahu menurunkan usia layak mengundi kebangsaan daripada 18 kepada 16 tahun.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Jacinda Ardern, beberapa jam selepas Mahkamah Agung negara itu memutuskan tidak membenarkan individu berusia 16 dan 17 tahun mengundi adalah sama seperti diskriminasi umur.

Meskipun Arden menyatakan secara peribadi beliau lebih suka menurunkan usia kelayakan mengundi seseorang, perubahan sedemikian memerlukan sokongan majoriti 75 peratus ahli Parlimen menyetujuinya.

Malah, penyokongnya mengakui, pada masa ini mereka tidak mempunyai bilangan mencukupi.

Ketika ini, beberapa negara yang membenarkan orang mengundi pada usia 16 tahun ialah Austria, Malta, Brazil, Cuba dan Ecuador.

Ardern, yang mengetuai Parti Buruh liberal, berkata semua ahli Parlimen harus bersuara mengenai isu itu.

“Saya secara peribadi menyokong penurunan umur mengundi tetapi ia bukan masalah semata-mata untuk saya atau kerajaan.

“Sebarang perubahan dalam undang-undang pilihan raya seperti ini memerlukan 75 peratus sokongan ahli Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, pengundian itu dijangka berlaku dalam beberapa bulan akan datang tetapi sebarang perubahan tidak akan berkuat kuasa sehingga selepas pilihan raya umum tahun depan.

Jurucakap Reformasi Pilihan Raya, Parti Hijau liberal, Golriz Ghahraman, berkata parti itu menyokong perubahan itu.

“Golongan muda berhak terbabit dalam keputusan yang memberi kesan kepada mereka pada masa kini dan pada masa hadapan,” ujarnya.

Bagaimanapun, dua parti pembangkang konservatif utama New Zealand mengatakan mereka menentang perubahan.

“Ia bukan sesuatu yang kami sokong. Kami selesa dengan usia 18 tahun,” kata Ketua Pembangkang, Christopher Luxon, kepada pemberita. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya