Deklarasi G20 bersatu kecam perang Russia di Ukraine - Utusan Malaysia

Deklarasi G20 bersatu kecam perang Russia di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUSA DUA: Pemimpin Kumpulan 20 (G20) bersatu menerusi deklarasi mengecam perang di Ukraine, selain mengulangi pendirian sama dinyatakan di forum lain termasuk resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA).

Deklarasi itu menyatakan kebanyakan negara anggota mengutuk sekeras-kerasnya perang di Ukraine dan menegaskan ia menyebabkan penderitaan manusia dan memburukkan lagi kelemahan sedia ada dalam ekonomi global.

Menurut sumber diplomatik, deklarasi itu kemudian diluluskan oleh semua anggota blok G20 yang menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Bali, Indonesia.

Pemimpin G20 menyatakan undang-undang antarabangsa mesti ditegakkan dan ancaman penggunaan senjata nuklear tidak boleh diterima selain mengalu-alukan inisiatif bijirin Laut Hitam.

Sidang kemuncak G20 di Bali yang menutup tirainya semalam menyaksikan ia menerima pakai deklarasi yang mengesahkan komitmen untuk menjalin kerjasama menangani cabaran serius ekonomi global.

Pemimpin G20 sepakat menyatakan kemusnahan akibat pandemik Covid-19 dan perubahan iklim menyebabkan kemelesetan ekonomi, peningkatan kemiskinan, memperlahankan pemulihan global dan menghalang pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan.

Memandangkan terdapat pandangan lain dan penilaian berbeza terhadap situasi dan sekatan, G20 mengakui sidang kemuncak itu bukanlah forum untuk menyelesaikan isu keselamatan sehingga boleh membawa kesan ketara kepada ekonomi global.

“Penyelesaian konflik secara aman, usaha menangani krisis serta diplomasi dan dialog adalah penting. Era hari ini tidak boleh berperang,” menurut deklarasi itu.

G20 juga berikrar untuk menangani cabaran melalui persefahaman dasar makro antarabangsa dan kerjasama konkrit selaras dengan tema Indonesia selaku tuan rumah G20, ‘Recover Together, Recover Stronger’ (Pulih Bersama, Pulih Lebih Kuat). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya