Bekas Presiden China, Jiang Zemin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Presiden China, Jiang Zemin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Bekas Presiden China, Jiang Zemin yang mengemudi negara itu melalui era transformasi dari akhir 1980-an ke alaf baharu, meninggal dunia pada pada usia 96 tahun.

Zemin mengambil alih kuasa selepas tindakan keras Dataran Tiananmen dan mengetuai negara paling ramai penduduk dunia itu ke arah kemunculannya sebagai kuasa besar di pentas global.

“Jiang Zemin meninggal dunia akibat leukemia dan pelbagai kegagalan organ di Shanghai pada 12.13 tengah hari ini pada usia 96 tahun,” lapor agensi berita Xinhua.

Lapor Xinhua, pengumuman kematiannya dibuat dalam surat yang menyatakan rasa dukacita atas kematian Zemin yang ditujukan kepada seluruh Parti Komunis, tentera dan rakyat China.

Kematiannya berlaku selepas semua rawatan perubatan gagal.

Kematian Zemin berlaku ketika China berdepan protes anti-perintah berkurung yang semakin meningkat dan telah berubah menjadi seruan kebebasan politik yang lebih meluas sejak perhimpunan pro-demokrasi 1989 ketika Zemin mengambil alih kuasa.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya