18 juta rakyat Nepal mengundi pilihan raya umum hari ini - Utusan Malaysia

18 juta rakyat Nepal mengundi pilihan raya umum hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seramai 18 juta rakyat Nepal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya umum dan wilayah bagi membentuk kerajaan baharu hari ini.

Pilihan raya itu diadakan untuk memilih 275 ahli Dewan Perwakilan dan 550 anggota bagi tujuh dewan wilayah.

Lapor agensi berita Anadolu, negara itu diperintah 10 kerajaan berbeza sejak pemansuhan monarki yang berusia 239 tahun pada 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya Nepal memaklumkan seramai 2,412 calon bersaing merebut 165 daripada 275 kerusi Dewan Perwakilan di bawah sistem first-past-the-post (FPTP), dan calon yang memenangi undian terbanyak di setiap kawasan akan dipilih.

Ahli dewan perwakilan yang selebihnya akan dipilih melalui perwakilan bahagian.

Sementara itu, lebih 3,220 calon bersaing merebut 330 kerusi wilayah di bawah sistem FPTP, dan 220 lagi dipilih melalui perwakilan bahagian.

Nepal merupakan antara negara termiskin di dunia dan 80 peratus penduduknya beragama Hindu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.