Ubat batuk beracun: Tiada kematian baharu direkodkan di Gambia - Utusan Malaysia

Ubat batuk beracun: Tiada kematian baharu direkodkan di Gambia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANJUL: Pihak berkuasa Gambia memberi jaminan peningkatan kes kecederaan buah pinggang akut dalam kalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan empat sirap ubat batuk dan selsema dibuat oleh Maiden Pharmaceuticals di India adalah terkawal.

Presidennya, Adama Barrow, berkata pihak berkuasa negara itu sudah melakukan siasatan bulan lalu selepas doktor menyedari beberapa kanak-kanak mengalami simptom selepas mengambil empat sirap ubat batuk dan selsema yang digunakan untuk merawat demam.

“Kementerian Kesihatan Gambia bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

“Beberapa sampel ujian yang dihantar ke Senegal, Ghana, Perancis dan Switzerland menunjukkan tanda-tanda pencemaran.

“Mereka juga (Kementerian Kesihatan) juga sedang mengkaji pemeriksaan kualiti terhadap import ubat dan peraturan lain yang berkaitan,” katanya.

Susulan kejadian itu, kerajaan Gambia mengarahkan pengimport dan kedai untuk menangguhkan penjualan semua jenama sirap ubat batuk dan selsema di negara kecil Afrika Barat berkenaan.

Ubat itu juga ditarik balik dari semua farmasi dan isi rumah.

Pihak berkuasa India kini sedang menyiasat sirap ubat batuk yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal tempatan selepas WHO mengatakan pihak itu bertanggungjawab ke atas kematian 66 kanak-kanak di Gambia.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengeluarkan amaran empat ubat batuk dan selsema dikeluarkan Maiden Pharmaceuticals di utara negeri Haryana boleh mengakibatkan kecederaan buah pinggang akut.

Menurut WHO, hasil ujian makmal mendapati produk terbabit mempunyai tahap bahan cemar yang tidak boleh diterima yang berpotensi mengancam nyawa.

Katanya lagi, produk itu berkemungkinan sudah diedarkan di luar negara Afrika Barat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.