Roy Azman berlakon sajalah, radio tidak sesuai - Utusan Malaysia

Roy Azman berlakon sajalah, radio tidak sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aduhai, Cik Bunga bukan hendak mengata, jauh sekali mahu menjatuhkan sesiapa. Tapi apabila ramai sudah mula bersembang benda yang sama, susah juga hendak buat-buat tidak dengar, bukan?

Nama yang sedang jadi bualan kali ini ialah pelakon dan penyampai radio, Roy Azman.

Katanya, ramai yang memang suka tengok Roy berlakon sebab cara dia berkomedi memang menjadi. Masuk watak selamba, memang hidup! Tapi bila sudah masuk konti radio pagi-pagi, ada pula yang rasa ‘vibe’ itu macam tidak sampai.

Ada pendengar yang mengaku masih cuba biasakan diri dengan cara Roy mengendalikan segmen. Katanya, energy itu ada tapi vibe santai dan keserasian dengan pendengar itu kadang-kadang macam belum ‘ngam’ sepenuhnya. Sampai ada yang berseloroh, “Hendak tunggu penyampai lain masuk baru rasa meriah balik.”

Yang paling banyak diperkatakan, ramai rasa Roy lebih sesuai jadi ‘penyedap rasa’ dalam satu pasukan bukannya tarik beban utama dalam konti.

Biasalah dunia radio ini lain macam cabarannya. Bukan semua pelakon yang pandai bercakap depan kamera automatik terus ‘makan line’ bila live dalam konti. Radio ini orang tidak nampak muka, jadi suara, timing dan cara tarik perhatian itu kena kuat.

Apa pun, ini semua cuma pandangan pendengar yang sayang dan sudah terbiasa dengan rentak lama radio pagi mereka.

Mana tahu selepas ini Roy jumpa formula sendiri, terus semua yang mengata hari ini jadi peminat nombor satu pula bukan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN