Aura Anggrek bukan biasa-biasa - Utusan Malaysia

Aura Anggrek bukan biasa-biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau sebut pasal ‘budak viral’ yang sedang mencuri perhatian sekarang, nama Anggrek memang antara yang makin hangat diperkatakan.

Anak kepada penyanyi popular Adira Suhaimi itu nampaknya bukan sekadar menumpang populariti ibu semata-mata, sebaliknya benar-benar memiliki aura tersendiri.

Cik Bunga perasan, sejak muncul dalam program Talk To My Manager (TTMM), ramai penonton mula jatuh hati dengan telatah dan bakat seni Anggrek yang baru berusia sembilan tahun. Kecil-kecil cili padi betul!

Mana tidaknya, sekali dia menari, penuh yakin dan bertenaga. Bila menyanyi pula, ada gaya dan karisma yang buat orang susah hendak alihkan pandangan.

Malah, ada yang mula menyamakan auranya dengan artis-artis muda popular dari luar negara.

Cik Bunga tengok budak ini bukan jenis pemalu. Depan kamera pun nampak selesa, petah bercakap dan bijak membawa diri. Itu yang orang kata star quality sudah nampak sejak kecil lagi.

Apa yang menarik, ramai juga peminat memuji cara Adira mendidik anaknya supaya berani mencuba dan menyerlahkan bakat seni tanpa terlalu memaksa. Nampak natural dan tidak dibuat-buat.

Dalam media sosial pun, nama Anggrek makin menjadi sebutan. Ada yang kata, kalau bakatnya terus digilap dari sekarang, tidak mustahil dia boleh menjadi antara pelapis baharu industri hiburan tanah air suatu hari nanti.

Iyalah, bukan semua anak selebriti ada pakej lengkap, bijak, comel, petah dan berbakat sekali gus. Tetapi Anggrek nampaknya ada semua itu.

Apa-apa pun, Cik Bunga harap bakat yang ada pada usia muda ini dapat dibimbing dengan baik. Dunia glamor memang indah dipandang, tetapi kalau kena caranya, boleh lahir seorang penghibur hebat yang bukan sahaja popular, malah punya kualiti sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN