15 maut serangan masjid Syiah di Iran - Utusan Malaysia

15 maut serangan masjid Syiah di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap  sebuah masjid Syiah di selatan Iran.

Media tempatan melaporkan, serangan yang disyaki dilakukan oleh ‘pengganas’ bersenjata ketika solat Maghrib di makam Shah Cheragh di bandar Shiraz itu turut mencederakan sekurang-kurangnya 19 orang.

Laporan sebelum ini memaklumkan seramai 13 orang terbunuh dan 40 cedera membabitkan tiga penyerang.

Ketua Badan Kehakiman tempatan, Kazem Mousavi pula memberitahu televisyen kerajaan bahawa ‘hanya seorang pengganas yang terbabit dalam serangan itu’.

“Penyerang menembak ke arah jemaah yang berkumpul di masjid,” kata Gabenor tempatan, Mohammad-Hadi Imanieh kepada media.

Seorang saksi memberitahu agensi berita IRNA bahawa dia ‘mendengar tangisan wanita’ ketika solat Maghrib bermula dan penyerang memasuki masjid serta melepaskan tembakan.

Media Iran menyiarkan imej dan rakaman video yang menunjukkan mayat berlumuran darah ditutup dengan kain terbaring di dalam masjid.

IRNA memaparkan gambar seorang kanak-kanak lelaki di atas pengusung dan seorang lagi wanita memegang seorang budak dengan kesan darah di atas tanah.

Agensi berita Iran, Fars melaporkan, seorang wanita dan dua kanak-kanak adalah antara yang terbunuh.

Kumpulan pelampau agama mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya