Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia nafi pro zionis

Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia nafi pro zionis

SETIAUSAHA Agung Liga Dunia Muslim (MWL) yang juga Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Ulama Asia 2024 di Hotel Mandarin Oriental di sini, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia (MWL), Mohammad Abdulkarim Al-Issa menafikan MWL mempunyai hubungan dengan Israel, sekali gus menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan MWL dengan rejim Zionis.

Al-Issa berkata, hubungan dengan Israel hanyalah berkisarkan kepada tuntutan keamanan dan kebebasan Palestin.

“Kami tidak ada hubungan dengan Israel sama sekali, apabila kita berhubung sekali pun, kita tidak bercakap tentang politik, malah di dalam al-Quran turut menegaskan kita perlu berbuat baik dan menyampaikan pesanan ke arah kebaikan.

“Kita berhubung dengan semua orang dan kita berbeza antara politik (dengan Israel) dan mereka mempunyai keputusan yang jelas untuk menghapuskan (rakyat di Gaza).

“Jadi kita tidak boleh menolak semua orang, bahkan mereka (Israel) yang menyatakan ini sebagai kebebasan, ini bukan logik dan kebenarannya,” katanya pada sidang media Majlis Ulama Asia 2024 di Hotel Mandarin Oriental, di sini, hari ini.

Al-Issa, yang juga bekas Menteri Kehakiman Arab Saudi, pernah menyertai lawatan bersama kumpulan pro-Zionis dAS, American Jewish Committee (AJC), melawat kem Nazi di Auschwitz di mana berlakunya pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.

AJC merupakan antara kumpulan Zionis yang melawan sentimen anti-Israel yang semakin meningkat di AS, dan menyatakan sokongan kepada tindakan Israel yang setakat ini membunuh lebih 30,000 orang awam Palestin.

Pada 2021, Al-Issa turut mengambil bahagian dalam satu acara dianjurkan Universiti Yeshiva, institusi Yahudi di New York yang mempunyai cawangan di Israel. Al-Issa semasa itu berkongsi pentas dengan presidennya Ari Berman, seorang rabbi Zionis yang mengetuai usaha mendapatkan sokongan universiti AS kepada Israel selepas serangan 7 Oktober lalu.

Jelas Al-Issa lagi, walaupun terdapat muslim yang melakukan kesalahan terutama pembunuhan di Gaza, pihaknya tetap akan menolak dan menentangnya secara adil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN