LONDON: Perdana Menteri Britain yang baharu, Liz Truss dijangka mendedahkan pelan untuk membekukan bil bahan api domestik bagi meringankan beban kenaikan kos hidup masyarakat ketika ini.
Beberapa laporan memberi gambaran pelan tersebut boleh melebihi 100 bilion pound (RM518 bilion), sekali gus mengatasi skim sokongan pekerjaan ketika era Covid-19.
“Saya tahu banyak keluarga dan sektor perniagaan di seluruh bimbang mengenai bagaimana mereka boleh hadapi musim luruh serta sejuk tahun ini.
“Perang yang berlaku di Ukraine dan tindakan Russia mengehadkan bekalan tenaga menyebabkan harga gas asli dunia meningkat,” kata Truss.
Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk membantu rakyat dan sektor perniagaan menerusi tindakan akar umbi supaya masalah sama tidak berulang.
Perbelanjaan isi rumah di Britain meningkat sehingga 80 peratus, terutamanya melibatkan bil elektrik dan ganas sejak Oktober lalu dan situasi itu dijangka berlarutan hingga Januari tahun depan. – AFP