'Naikkan gaji kami, bukan harga minyak'

‘Naikkan gaji kami, bukan harga minyak’

RATUSAN pekerja di Jawa Timur menyertai demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di depan Bangunan Grahadi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Ratusan pekerja di Jawa Timur menganjurkan demonstrasi bagi menentang kenaikan harga minyak petrol di depan Bangunan Grahadi.

Lapor CNN Indonesia, protes melibatkan golongan pekerja dari pelbagai kawasan termasuk Surabaya, Gresik, Mojokerto, Tuban dan Lumajang.

Peserta protes dilihat memegang sepanduk ‘Tolak kenaikan harga BBM’ dan ‘Naikkan gaji bukan minyak’.

Seorang peserta dari Lumajang, Lia Mayangsari berkata, kenaikan harga minyak tersebut adalah bukti kerajaan tidak berpihak kepada rakyat.

“Pemerintah tidak mempunyai hati dan simpati kepada kami,” katanya.

Dengan kenaikan harga minyak itu, Lia berkata, sudah tentu akan menyebabkan kenaikan barang komoditi lain yang hanya menyebabkan masyarakat makin terhimpit.

“Sedangkan gaji minimum tidak bertambah. Bagaimana kami mahu hantar anak-anak ke sekolah?” soalnya.

Dalam perkembangan sama, golongan mahasiswa turut mengambil bahagian mengadakan demonstrasi menolak kenaikan harga Bahan Bakar Minyak (BBM) di Makassar.

Protes turut dianjurkan di beberapa daerah di Surabaya hingga Mataram di Nusa Tenggara Barat.

Mahasiswa mendesak kerajaan menilai semula rancangan kenaikan harga BBM ketika Covid-19 belum reda kerana akan memberikan impak sangat besar kepada masyarakat.

“Kami desak pihak kerajaan supaya tidak menaikkan harga BBM kerana akan memberi kesan besar terhadap rakyat,” tegasnya.

Di Makassar, sekumpulan pelajar bertindak agresif dengan membakar tayar terpakai di Jalan Sultan Alauddin.

Bagaimanapun, tindakan itu dihalang oleh anggota polis sehingga berlaku rusuhan.

Dalam pada itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, pihak kerajaan bersetuju menangguhkan dahulu kenaikan harga BBM dan masih membuat perhitungan.

“Semuanya akan dibuat dengan teliti dan kita masih dalam proses penilaian yang penuh berhati-hati,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya