Majoriti penduduk Ukraine mahu sertai Russia

Majoriti penduduk Ukraine mahu sertai Russia

AHLI jawatankuasa pemilihan mengira kertas undi di stesen pengundian di Donetsk, Ukraine. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pegawai yang dilantik oleh Russia di wilayah yang diduduki di Ukraine, melaporkan majoriti besar penduduk menyokong untuk menjadi sebahagian dari Russia. 

Proses pengundian dijalankan selama lima hari yang digelar sebagai ‘pungutan suara’ di empat wilayah di Donetsk, Luhansk, Zaporizhia dan Kherson yang membentuk kira-kira 15 peratus wilayah Ukraine. 

Pihak berkuasa Luhansk memaklumkan, sebanyak 98.4 peratus penduduk di sana mengundi untuk menyertai Russia. 

Di Zaporizhia, seorang pegawai lantikan Russia mengumumkan rekod 93.1 peratus, manakala, Ketua Jawatankuasa di Kherson pula berkata, undian ‘ya’ melebihi 87 peratus. 

Ketua Republik Rakyat Donetsk, Denis Pushilin mengisytiharkan 99.2 peratus penduduk mengundi untuk menyertai Russia. 

Menurut pegawai, kesemua undian sudah dikira di keempat-empat kawasan. 

Bagaimanapun, Kyiv dan sekutunya mengutuk proses tersebut yang dianggap sebagai tidak sah dan palsu.

Pemimpin Ukraine menyifatkan peti undi yang dibawa dari rumah ke rumah sebagai latihan paksaan bagi mewujudkan alasan undang-undang Russia untuk menggabungkan kesemua wilayah tersebut. 

Selepas proses pengundian selesai, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sesi terbuka mengenai referendum di bandar New York. 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, orang ramai terpaksa mengisi beberapa kertas undi sambil diancam dengan senapang ringan. 

“Di hadapan mata seluruh dunia, Russia sedang menjalankan referendum palsu di wilayah yang diduduki di Ukraine,” katanya. 

Wartawan Al-Jazeera, Hoda Abdel-Hamid yang melaporkan dari Kryvyi Rih, di sebelah barat Zaporizhia berkata, kebanyakan penduduk yang ditemuinya memberitahu mereka sudah mengetahui keputusan referendum tanpa perlu menunggu tempoh lima hari. 

“Saya lihat sejak lima hari lalu, orang awam cuba keluar dari Luhansk, Donetsk, Zaporizhia dan Kherson. 

“Mereka mengatakan perkara yang sama dan memaklumkan ini adalah adalah referendum yang terakhir. Hidup mereka juga menjadi lebih ketat dan sukar serta kebimbangan mengenai pergerakan masuk pasukan tentera Russia,” katanya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya