Kerajaan Indonesia dikritik bebaskan awal 23 pesalah rasuah

Kerajaan Indonesia dikritik bebaskan awal 23 pesalah rasuah

RATU Atut Chosiyah dihukum penjara empat tahun selepas didapati melakukan rasuah pada September, 2014. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia diselar terlalu berlembut mengenai isu rasuah selepas Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia membenarkan parol kepada puluhan pesalah rasuah, pada minggu lalu.

Antara pesalah yang mendapat pelepasan itu termasuk seorang bekas pendakwa raya yang sebelum ini sudah menjalani penjara selama setahun.

Selasa lalu, kementerian itu memberi parol kepada 23 pesalah rasuah, sekali gus mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan aktivis antirasuah serta Suruhanjaya Pencegahan rasuah (KPK).

Jurucakap kementerian itu, Rika Apriyanti vberkata, pembebasan awal 23 pesalah tersebut melibatkan sebahagian daripada 1,368 pesalah yang diberi keistimewaan itu, termasuk parol, pembebasan bersyarat dan pembebasan sebelum dilepaskan pada bulan ini.

Menurut Rika, seramai 23 pesalah rasuah itu dibebaskan dari dua penjara iaitu Pusat Tahanan Sukamiskin di Bandung dan Pusat Tahanan Tangerang di banten.

Katanya, mana-mana pesalah yang menunjukkan tingkah laku baik dan aktif menyertai program pemulihan, layak mendapat keistimewaan terbabit.

“Keistimewaan itu diberikan tanpa diskriminasi terhadap mana-mana pihak.

“Berdasarkan undang-undang, setiap banduan dipertimbangkan untuk diberi parol dan mereka perlu menjalani sekurang-kurangnya dua per tiga daripada hukuman dikenakan,” katanya.

Antara penerima parol itu termasuk bekas Gabenor Banten, Ratu Atut Chosiyah dan saudaranya, Tubagus ‘Wawan’ Chaeri Wardana; bekas Hakim Mahkamah Perlembagaan, Patrialis Akbar; bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali dan bekas pendakwa raya Pejabat Peguam Negara, Pinangki Sirna Malasari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya