Dalam dunia yang serba pantas hari ini, manusia semakin terbiasa dengan segala yang ringkas dengan mesej pendek, video singkat dan perhatian yang cepat teralih. Namun di tengah arus ini, cerpen telah lama memahami makna kepadatan. Maka timbul persoalan yang tampak santai tetapi sebenarnya sarat makna, apa sebenarnya ada pada cerpen? Pertanyaan ini kelihatan mudah, tetapi di sebaliknya tersimpan dunia yang padat dan berlapis. Cerpen sering dianggap kecil kerana pendeknya halaman.…









