Adakah anda sering bergelut dengan kesakitan setiap kali menjelang kitaran haid? Dalam istilah perubatan, fenomena ini dikenali sebagai dysmenorrhea atau lebih popular dengan panggilan senggugut. Bagi kebanyakan wanita, senggugut bukan sekadar gangguan rutin, malah ia berkait rapat dengan kesihatan organ reproduksi termasuk uterus (rahim), ovari (kilang telur), dan saluran fallopian. Menurut The American College of Obstetricians and Gynaecologists, lebih separuh wanita yang didatangi haid mengalami senggugut selama satu hingga dua…









