Pengunjung wajib isytihar jika jatuh cinta dengan rakyat Palestin

Israel wajibkan pengunjung isytihar jika jatuh cinta dengan rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kerajaan Israel membuat peraturan baharu yang menghendaki warga asing memaklumkan kepada Kementerian Pertahanan Negara sekiranya mereka jatuh cinta dengan rakyat Palestin.

Sekiranya berkahwin, mereka dikehendaki meninggalkan Tebing Barat selepas 27 bulan atau sekurang-kurangnya setengah tahun, lapor BBC.

Peraturan ketat itu dikenakan terhadap warga asing yang tinggal atau ingin melakukan lawatan ke Tebing Barat.

Rakyat Palestin dan NGO Israel menuduh Israel ‘mengambil sekatan ke tahap baharu’.

Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa pada Isnin ini.

Peraturan yang dibentangkan dalam dokumen yang panjang termasuk tuntutan warga asing untuk memaklumkan pihak berkuasa Israel dalam tempoh 30 hari selepas mempunyai hubungan dengan pemegang kad pengenalan Palestin.

Sekatan baharu turut dikenakan terhadap pelajar universiti di Palestin termasuk kuota 150 visa pelajar dan 100 pensyarah asing, sedangkan dalam masa sama tiada had sedemikian dalam visa Israel.

Ahli perniagaan dan organisasi bantuan berkata, mereka juga akan terjejas teruk.

Ini kerana, peraturan menetapkan had yang ketat pada tempoh visa dan lanjutan visa dalam banyak kes menghalang individu daripada bekerja atau menjadi sukarelawan di Tebing Barat lebih lama.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bukan Kerajaan Israel, HaMoked, Jessica Montell berkata, dia sudah membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi Israel terhadap peraturan itu.

“Ini adalah tindakan mengatur demografi masyarakat Palestin dan mengasingkan mereka dari dunia luar.

“Situasi ini menjadikan lebih sukar kepada orang ramai yang hendak datang dan bekerja di institusi Palestin, menjadi sukarelawan, melabur, mengajar dan belajar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya