Iran guna pengecaman wajah kesan wanita tak pakai hijab

Iran guna pengecaman wajah kesan wanita tak pakai hijab

IRAN merancang menggunakan teknologi pengecaman wajah di pengangkutan awam sebagai tindakan keras terhadap kod pakaian wanita. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kerajaan Iran merancang untuk menggunakan teknologi pengecaman wajah di pengangkutan awam bagi mengenal pasti wanita yang tidak mematuhi undang-undang baharu mengenai pemakaian hijab.

Langkah itu dibuat ketika rejim Iran meneruskan tindakan keras punitif terhadap kod pakaian wanita.

Setiausaha Ibu Pejabat Iran untuk Menggalakkan Kebajikan dan Mencegah Maksiat, Mohammad Saleh Hashemi Golpayegani mengumumkan cadangan itu dalam satu temubual baru ini-ini.

Jelasnya, kerajaan merancang menggunakan teknologi pengawasan terhadap wanita di tempat awam berikutan dekri baharu mengenai peraturan pakaian wanita ditandatangani oleh Presiden, Ebrahim Raisi.

Dekri itu ditandatangani pada 15 Ogos lalu, sebulan selepas sambutan `Hari Hijab dan Kesucian’ yang mencetuskan bantahan dan protes dalam kalangan wanita di seluruh negara.

Malah, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pihak berkuasa Iran bertindak balas dengan melakukan sejumlah tangkapan, penahanan dan pengakuan paksa di televisyen.

Pemakaian hijab diwajibkan selepas revolusi Iran pada tahun 1979.

Beberapa wanita yang ditahan melanggar dekri baharu itu, dikenal pasti selepas video tular menunjukkan mereka diganggu ketika menaiki pengangkutan awam hanya kerana tidak memakai hijab dengan betul.

Sementara itu, penyelidik di Universiti Twente di Belanda, Azadeh Akbari berkata, kerajaan Iran sudah lama mempertimbangkan idea menggunakan pengecaman wajah bagi mengenal pasti individu yang melanggar undang-undang.

“Rejim ini menggabungkan bentuk kawalan totalitarian ganas yang kuno dalam teknologi baharu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya