Derita rakyat Pakistan belum berakhir, berdepan penyakit berjangkit

Derita rakyat Pakistan belum berakhir, berdepan penyakit berjangkit

MANGSA banjir berlindung dalam khemah sementara di wilayah Balochistan, Pakistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Pihak berkuasa Pakistan menzahirkan kebimbangan mengenai penularan penyakit berkaitan banjir dalam kalangan penduduk yang terjejas selepas negara ini lumpuh akibat bencana alam tersebut.

Sejumlah pegawai perubatan memaklumkan, kebanyakan penduduk trauma dengan banjir yang berlaku, selain mengalami cirit-birit dan jangkitan kulit.

Situasi tersebut menyebabkan kerajaan mengerahkan lebih banyak petugas kesihatan dan bekalan ubatan, termasuk air bersih ke lokasi terjejas banjir bagi mengekang penularan penyakit berjangkit.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu bantuan dana berjumlah AS$160 juta (RM717 juta) bagi memulihkan Pakistan, selepas kira-kira sejuta kediaman musnah.

Dalam pada itu, berdasarkan Dana Populasi PBB, sekitar 650,000 wanita hamil di kawasan terjejas banjir memerlukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan anak dalam kandungan sihat.

“Dianggarkan 73,000 wanita dijangka melahirkan anak pada bulan lepas dan bantuan perubatan amat diperlukan, termasuk jagaan bayi baru lahir serta sokongan,” jelas kenyataan agensi tersebut.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Wilayah Sindh, Dr. Azra Fazal Pechuho berkata, pihak berkuasa sudah menyediakan 4,210 khemah rawatan untuk membantu penduduk yang dijangkiti penyakit kulit dan penyakit lain yang berkaitan banjir.

Katanya, cirit-birit merupakan gejala paling biasa ditemukan dalam kalangan mangsa banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya