AS kenang 3,000 nyawa terkorban dalam tragedi 11 September - Utusan Malaysia

AS kenang 3,000 nyawa terkorban dalam tragedi 11 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) semalam memperingati ulang tahun ke-21 serangan 11 September 2001, menyaksikan seluruh negara dan barisan pemimpin mengenang 3,000 nyawa yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Keluarga mangsa, pegawai polis, anggota bomba dan pemimpin bandar berkumpul di Tugu Peringatan Kebangsaan 11 September di Lower Manhattan, di mana setiap nama daripada 3,000 jumlah korban dalam tragedi terbabit disebutkan dalam upacara tahunan selama sejam.

Mereka turut membunyikan loceng dan bertafakur sebanyak enam kali, termasuk pada pukul 8.46 pagi dan 9.03 pagi, iaitu dua waktu ketika pesawat-pesawat penumpang merempuh Menara Utara dan Selatan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Upacara memperingati ulang tahun tragedi berkenaan dimulakan oleh Presiden Joe Biden di Pentagon, lokasi di mana al-Qaeda merampas pesawat dan merempuh bangunan berkenaan.

“Saya tahu bagi mereka yang kehilangan seseorang, 21 tahun adalah ibarat sepanjang hayat dan dalam masa yang sama seolah-olah waktu langsung tidak berganjak,” katanya.

Biden turut mengenang bagaimana Ratu Elizabeth II, yang mangkat pada Khamis lalu pada usia 96 tahun, mengirim mesej yang menyentuh hati untuk warga AS, beberapa jam selepas berlakunya serangan tersebut.

Majlis itu turut dihadiri isterinya yang merupakan Wanita Pertama, Jill Biden, Naib Presiden Kamala Harris dan Datuk Bandar New York, Eric Adams.

Orang ramai yang terdiri daripada keluarga mangsa turut menghadiri majlis tersebut dan mereka dilihat mengalirkan air mata serta saling berpelukan ketika nama ahli keluarga mereka yang terkorban dibacakan.

Ucapan takziah turut diterima daripada pemimpin dunia, termasuk ketua NATO, Jens Stoltenberg, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, yang menyifatkan tragedi itu sebagai ‘hari paling tragis dalam sejarah AS’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya