Akhiri mogok lapar, Israel janji mahu bebaskan Khalil Awawdeh

Akhiri mogok lapar, Israel janji mahu bebaskan Khalil Awawdeh

BERAT Khalil Awawdeh kini hanya 37 kilogram. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tahanan Palestin, Khalil Awawdeh akhirnya menamatkan mogok laparnya yang berlangsung selama 172 hari selepas Israel bersetuju untuk membebaskannya pada Oktober ini.

Khalil, 40, melakukan mogok lapar selepas dia ditahan tanpa sebab, selain tidak dibenarkan melakukan perbicaraan pada Disember tahun lalu.

Lelaki itu dijangka dibebaskan daripada tahanan pada 2 Oktober dan sehingga itu, dia akan menerima rawatan di hospital selepas mengalami penurunan berat badan yang drastik berikutan kekurangan nutrisi.

Peguamnya, Ahlam Haddad berkata, sepanjang mogok lapar, Khalil hanya minum air dan pakar perubatan sebelum ini memberi amaran lelaki itu boleh ‘meninggal dunia pada bila-bila masa’ berikutan keadaannya yang semakin uzur.

“Berat Khalil ketika ini adalah 37 kilogram dan menderita masalah saraf,” katanya.

Terdahulu, delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Palestin turut menzahirkan kebimbangan yang sama selepas gambar keadaan Khalil tersebar secara meluas.

Sehubungan itu, EU menggesa Israel supaya segera membebaskan Khalil sebelum dia maut.

Zionis sebelum ini memaklumkan, Khalil ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan bersama pergerakan Jihad Islam.

Pergerakan itu turut mendesak Israel supaya membebaskan Khalil selepas pertempuran berlaku di Gaza pada awal bulan lalu.

Israel menjelaskan, tahanan Palestin yang ditahan tidak akan dibicarakan selagi bahan bukti tidak mencukupi dan kebanyakan organisasi kemanusiaan menyifatkan tindakan itu sebagai penindasan hak asasi manusia. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya