Ahli perniagaan Malaysia, 'Fat Leonard' lari dari tahanan rumah di AS

Ahli perniagaan Malaysia, ‘Fat Leonard’ lari dari tahanan rumah di AS

LEONARD GLENN FRANCIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Seorang ahli perniagaan warga Malaysia yang terlibat dalam skandal rasuah besar membabitkan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), dilaporkan melarikan diri dari tahanan rumah menjelang pelaksanaan hukumannya.

Lapor BBC, Perkhidmatan Marshal AS memaklumkan Leonard Glenn Francis yang dikenali sebagai `Fat Leonard’ memotong gelang peranti pemantauannya sebelum melarikan diri dari kediamannya di San Diego.

Francis yang berasal dari Pulau Pinang kini diburu oleh penguatkuasaan undang-undang tempatan dan Perkhidmatan Penyiasatan Jenayah Tentera Laut AS.

Timbalan Penyelia Marsyal AS Omar Castillo berkata, Francis memotong gelang Sistem Penentu Dudukan Global (GPS) yang dipasang pada kakinya dan melarikan diri dari tahanan rumah pada pagi Ahad lalu.

Pasukan polis tiba di kediamannya selepas menerima aduan dari agensi peranti itu bahawa terdapat masalah.

“Apabila sampai di lokasi, polis mendapati tiada sesiapa berada di kediaman itu,” katanya kepada AFP.

Menurut Castillo, beberapa jiran mendakwa melihat pergerakan lori keluar masuk dari rumah Francis sejak beberapa hari lalu.

Katanya, pihak berkuasa akan menyiasat semua petunjuk yang diperolehi mereka.

Francis menjadi individu penting disebalik skandal rasuah bernilai jutaan dolar yang dikendalikan melalui syarikatnya berpangkalan di Singapura yang memberikan perkhidmatan kepada armada Pasifik Tentera Laut AS.

Pada 2015, Francis mengaku bersalah kerana memberi suapan kepada pegawai tentera laut AS sebagai ganjaran pertukaran kontrak ketenteraan yang menguntungkan.

Jabatan Keadilan AS menyifatkan skim itu sebagai penipuan terbesar yang membawa kerugian puluhan juta dolar kepada tentera laut dan lebih 30 individu didakwa, dengan kebanyakannya mengaku bersalah atau disabitkan pada perbicaraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN