Rektor universiti terima rasuah RM1.5 juta luluskan kemasukan calon pelajar

Rektor universiti terima rasuah RM1.5 juta luluskan kemasukan calon pelajar

ANGGOTA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia menunjukkan sejumlah bahan bukti yang dirampas dalam sidang akhbar berkenaan kes rektor menerima rasuah di Lampung. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) mendakwa Rektor Universiti Lampung (Unila) menerima rasuah sehingga 5 bilion rupiah (RM1.5 juta) bagi meluluskan kemasukan pelajar baharu tahun ini.

Jurucakap KPK, Ali Fikri berkata, suruhanjaya itu menemukan aliran wang dari Ketua Biro Perancangan Awam, Budi Sutomo dan Muhammad Basri selaku Ketua Senat Unila.

Katanya, wang tersebut dipercayai diperoleh daripada keluarga calon pelajar yang lulus kemasukan ke universiti selepas ‘dibenarkan’ oleh rektor Karomani.

“Kesemua duit itu juga disimpan dalam pelbagai bentuk bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Antaranya disimpan sebagai deposit simpanan, wang tunai dan juga jongkong emas yang berjumlah 4.4 bilion rupiah (RM1.3 juta),” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Selain itu, Karomani juga didakwa menerima suapan daripada ibu bapa calon pelajar yang diluluskannya berjumlah 603 juta rupiah (RM181,462).

Jelas KPK, duit itu diberikan kepada Karomani menerusi seorang pensyarah yang diarahkan oleh rektor berkenaan untuk mengumpul duit daripada ibu bapa calon pelajar yang diluluskannya.

Terdahulu, KPK menjalankan satu operasi berhubung kes berkenaan dan menahan lapan suspek.

Menerusi siasatan yang dilakukan, empat suspek didakwa terlibat dalam kes itu termasuk Karomani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.