Pesawat terdampar jadi tarikan pelancongan di Bali

Pesawat terdampar jadi tarikan pelancongan di Bali

PESAWAT Boeing 737 yang terdampat berdekatan lokasi pelancongan di pantai Pandawa, Bali.-INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah pesawat Boeing 737 yang terdampar di tengah kawasan lapang di Bali sejak bertahun-tahun lalu, kini menjadi sebuah tarikan pelancongan. 

Pesawat besar yang terletak di kuari batu kapur berhampiran Lebuhraya Raya Nusa Dua Selatan, tidak jauh dari pantai Pandawa. 

Penduduk Bali mencadangkan pesawat itu dibawa masuk dan dipasang semula di sana. 

Idea itu dilontarkan oleh seorang usahawan yang bercita-cita tinggi kerana mahu membuka sebuah restoran yang dapat menjalankan operasi dalam badan pesawat itu.

Bagaimanapun, khabar angin mengatakan restoran itu kehabisan wang tunai bagi menyiapkan projek itu, sehingga menyebabkan pesawat terbiar begitu sahaja. 

Tangga yang bersandar pada pintu masuk hadapan dilihat masih kekal berada di pesawat tersebut. 

Pesawat itu kini menjadi tarikan pelancong dan berada di bersebelahan koleksi kontena perkapalan. 

Pesawat yang tertutup itu tidak mempunyai sebarang tanda pengenalan atau penjenamana padanya. 

Kapal terbang itu bukan satu-satunya Boeing 737 yang terdampar di pulau itu, kerana pesawat lain yang tidak lagi beroperasi dikesan di beberapa bahagian lain sebagai tarikan pelancongan. 

Antaranya terletak di sebelah kedai Dunkin Donuts dengan sayap pesawat berada di sebelah bahagian dinding restoran.

Pesawat itu dipercayai terdampar sejak 2007 dan digunakan sebagai lokasi acara pada 2018. 

Tahun lalu, pelabur, Felix Demin berharap pesawat yang terdampar itu mampu menjadi tarikan bagi membantu sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat penutupan sempadan Indonesia susulan pandemik Covid-19. 

Demin menjangka ia akan menjadi lokasi popular bagi penggambaran dan berhasrat menjadikan pesawat itu sebagai kemudahan buat pelancong.-AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya