Kereta api Hat Yai tergendala 6 jam, terima ancaman bom

Perkhidmatan kereta api Hat Yai tergendala 6 jam, terima ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA: Perkhidmatan kereta api di wilayah selatan Thailand tergendala selama enam jam selepas penemuan lubang yang disyaki mengandungi bom dikesan berhampiran stesen kereta api di Hat Yai.

Lapor Bangkok Post, lubang itu dikesan kira-kira satu kilometer dari stesen atau berhampiran tiang tanda 920/9-10 yang terletak di belakang komuniti Rattanawiboon, antara stesen Hat Yai dan Na Muang.

Bagaimanapun, tiada sebarang peralatan letupan ditemukan di lubang sebesar 0.30 meter itu.

Perkhidmatan antara stesen ditangguhkan pada pukul 3.25 petang, sementara menunggu pemeriksaan oleh unit Pelupusan Ordinan Letupan, Polis Songkhla dan subbahagian 43 Polis Peronda Sempadan.

Unit berkenaan menggunakan alat pengesan logam bagi mencari bom di dalam lubang tersebut.

Susulan itu, operasi dua kereta api dari Sungai Kolok di laluan Natahiwat-Bangkok dan Sungai Kolok-Phatthalung terpaksa ditangguhkan seketika.

Sukarelawan dari Yayasan Mittraphap Samakee turut membantu menguruskan keadaan dan menyekat jalan di sekitar Soi Rattanawiboon.

Pihak berkuasa turut memotong isyarat telefon bimbit bagi tujuan keselamatan.

Dalam perkembangan lain, seorang warga emas maut dan dua lagi cedera akibat letupan bom di Narathiwat, selatan Thailand, semalam.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Waesamae Salae berkata, mangsa yang terbunuh berteduh di sebuah pondok berdekatan sebuah pos kawalan bersama isterinya turut cedera dalam insiden kira-kira 8.30 malam (waktu tempatan) pada Sabtu.

Jelasnya, sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang dipasang pada tong gas dan diletakkan di atas sebuah motosikal yang diubahsuai, sebelum diaktifkan menggunakan walkie-talkie.

“Kekuatan letupan dan serpihan bom menyebabkan lelaki berusia 74 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, 57 tahun, cedera parah,” katanya dalam sidang akhbar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya