PBB gesa IAEA diberi akses ke loji nuklear Zaporizhzhia  - Utusan Malaysia

PBB gesa IAEA diberi akses ke loji nuklear Zaporizhzhia 

PEMANDANGAN loji tenaga nuklear Zaporizhzhia di luar bandar Enerhodar yang dikawal Russia di wilayah Zaporizhzhia, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar penyiasat antarabangsa diberikan akses untuk ke loji tenaga nuklear Zaporizhzhia di Ukraine.

Gesaan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres ketika Ukraine dan Russia saling menuding jari berhubung serangan ke atas loji tenaga nuklear terbesar Eropah itu.

Menurut Guterres, sebarang serangan terhadap loji tenaga nuklear seolah-olah dilihat sebagai tindakan membunuh diri.  

Beliau berkata, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memerlukan akses untuk ke loji tenaga nuklear itu.

“Kami menyokong penuh semua usaha IAEA dalam mewujudkan keadaan yang selamat dan stabil di kawasan loji tenaga nuklear itu,” katanya dalam sidang akhbar di upacara memperingati ulang tahun ke-77 serangan bom atom pertama di Hiroshima.

Ukraine mendakwa bedilan terkini ke atas loji tenaga nuklear Zaporizhzhia menjejaskan tiga penderia sinaran dan mencederakan seorang pekerja di kemudahan tersebut. 

Russia pula mendakwa tentera Ukraine melancarkan serangan ke atas loji nuklear itu dengan pelbagai pelancar roket sehingga merosakkan bangunan pentadbiran dan kawasan berhampiran kemudahan penyimpanan.

“Tentera Ukraine melancarkan serangan artileri di wilayah yang menempatkan loji tersebut pada 5 Ogos lalu.

“Dua talian kuasa voltan tinggi dan saluran paip air rosak akibat bedilan tersebut,” jelas Kedutaan Russia di Washington.

Sementara itu, Ketua IAEA, Rafael Mariano Grossi mengecam dan menyifatkan serangan terbaharu itu `mencetuskan risiko sebenar bencana nuklear’.

Beliau yang mengetuai badan pemerhati nuklear PBB menggesa semua pihak dalam konflik Ukraine melaksanakan ‘sekatan sepenuhnya’ di sekitar loji itu.

Serangan terdahulu terkena talian kuasa voltan tinggi di kemudahan itu, menyebabkan pengendalinya memutuskan sambungan reaktor, walaupun tiada kebocoran radioaktif dikesan.

Loji itu dikawal tentera Russia pada awal Mac lalu, ketika peringkat awal perang tetapi masih dikendalikan juruteknik Ukraine. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya