Myanmar terus disekat sertai mesyuarat ASEAN - Utusan Malaysia

Myanmar terus disekat sertai mesyuarat ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Menteri Luar Kemboja hari ini menyatakan blok ASEAN memutuskan Myanmar akan terus disekat daripada menghadiri semua mesyuarat berkaitan.

Sekatan itu akan diteruskan sehingga junta tentera Myanmar yang ketika ini memegang pentadbiran kerajaan menunjukkan perkembangan dalam pelan damai.

Prak Sokhom yang juga merupakan Pengerusi Mesyuarat ASEAN menegaskan, junta Myanmar perlu membuktikan kepada semua pihak bahawa negara itu sudah bersedia melakukan pelan damai bagi mengakhiri konflik yang berlaku.

Pada April tahun lalu, pemimpin rampasan kuasa, Jeneral Min Aung Hlaing, bersetuju kepada lima perkara bagi memecah kebuntuan kemelut politik di negara itu.

Ia termasuk pengakhiran segera keganasan, dialog antara semua pihak, pelantikan seorang utusan khas ASEAN sebagai pengantara, bantuan kemanusiaan oleh ASEAN dan lawatan utusan khas ke Myanmar untuk bertemu semua pihak.

ASEAN telah mengambil pendirian konsisten terhadap Myanmar menyusuli rampasan kuasa berkenaan.

Menteri hal ehwal luar yang dilantik Majlis Pentadbiran Negara Myanmar tidak diundang ke Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) tahun ini.

Ia sejajar dengan pandangan ASEAN bahawa Myanmar boleh diwakili hanya oleh wakil bukan politik sehingga terdapat kemajuan dalam melaksanakan konsensus berkenaan.

Blok terbabit sebelum ini mengutuk pelaksanaan hukuman mati ke atas empat aktivis oleh tentera Myanmar, yang mengumumkan pada 25 Julai lalu bahawa ia sudah menghukum mati empat lelaki yang dituduh bersekongkol membantu pengganas.

Hukuman mati aktivis itu turut menjadi rintangan serius dalam usaha ASEAN untuk mencari jalan penyelesaian yang aman untuk perdamaian nasional di Myanmar. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya