Lightyear tidak ditayangkan di Disney+ Asia Barat - Utusan Malaysia

Lightyear tidak ditayangkan di Disney+ Asia Barat

PEJABAT pengawal selia UAE memuat naik gambar memaparkan tayangan Lightyear dibatalkan di pawagam negara itu. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perkhidmatan laman penstriman, Disney+ tidak akan menyiarkan filem animasi baharu, Lightyear di Asia Barat berikutan adegan ciuman sesama jantina yang dianggap terlalu sensitif kepada penonton di negara ini.  

Lapor Daily Mail, tayangan Lightyear juga dibatalkan di pawagam negara Asia Barat lain termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pejabat Kawal Selia Media, Kementerian Belia dan Kebudayaan UAE membuat keputusan demikian setelah mendapati filem Lightyear `melanggar piawaian kandungan media negara’.

“Semua filem yang ditayangkan di pawagam seluruh negara ini adalah tertakluk kepada tindakan susulan dan penilaian sebelum tarikh tayangan kepada umum.

“Ini bagi memastikan keselamatan kandungan yang diedarkan mengikut klasifikasi umur yang bersesuaian,” jelas pejabat itu dalam kenyataan.

Pejabat pengawal selia itu juga memuat naik gambar memaparkan wira Buzz Lightyear dalam simbol merah di Twitter.

Dilaporkan, sebanyak 14 negara yang majoriti penduduknya beragama Islam mengharamkan animasi terbaharu Disney itu kerana babak ciuman golongan sejantina. 

Negara lain seperti Malaysia pula memaklumkan Lightyear boleh ditayangkan dengan syarat Disney membuat beberapa perubahan (potongan) sewajarnya pada filem tersebut seperti adegan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).    

Disney menolak kebanyakan syarat termasuk membuat sebarang pemotongan dan memilih untuk menawarkan filem seadanya di semua pasaran. 

Lightyear menceritakan kisah sebenar Buzz Lightyear, seorang renjer angkasa yang popular dalam filem animasi popular sebelum ini, Toy Story.  

Filem Lightyear hanya mencatatkan kutipan AS$51.7 juta (RM230.10 juta) pada hujung minggu pembukaan di Amerika Syarikat (AS) selepas beberapa minggu mencetuskan kontroversi.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya