Lelaki dipenjara 4 hari, berbogel depan pegawai Imigresen

Lelaki Singapura dipenjara 4 hari, berbogel depan pegawai Imigresen

KENDERAAN beratur panjang sebelum memasuki pusat pemeriksaan Woodlands di Singapura.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 53 tahun nekad berbogel, gara-gara berang dirinya ditahan oleh pegawai penguat kuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semasa memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Lapor berita.mediacorp, Tay Hock Chye yang merupakan rakyat Singapura, mengaku bersalah atas tuduhan berbogel di tempat privasi dan dijatuhkan hukuman penjara empat hari, semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Wong Shiau Yin memberitahu mahkamah tindakan Hock Chye itu dilakukan 26 Mei lalu, semasa dia pulang dari Malaysia.

Di pusat pemeriksaan itu, pegawai ICA mendapati dia memiliki sekotak rokok dengan bungkusan yang bukan standard.

Dia kemudian dibawa ke pejabat penumpang di Pusat Pemeriksaan Woodlands, yang disifatkan sebagai tempat privasi kerana ‘tidak boleh diakses oleh orang awam’.

Kemudian, dua lagi pegawai tiba untuk mengendalikan lelaki itu, yang tidak bertolak ansur dan dilihat dalam keadaan mabuk.

Hock Chye diberitahu, dia membawa rokok dengan bungkusan bukan standard yang tidak dibenarkan di Singapura, tetapi dia boleh dibebaskan sekiranya membuangnya.

Butiran kotak rokok yang dibawa lelaki itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Di bilik itu, Hock Chye kemudian menjadi marah dengan cara dia diperiksa oleh pegawai tersebut.

Tiba-tiba, dia mula menanggalkan pakaiannya dan menayangkan kemaluannya.

Pegawai itu mengarahkannya memakai pakaian semula, sementara mereka menutup pintu pejabat.

Shiau Yin memberitahu mahkamah, pejabat penumpang itu mempunyai panel-panel kaca di sekelilingnya.

“Ini bermakna orang ramai boleh melihat apa yang berlaku di dalam bilik tersebut.

“Ketika itu, terdapat dua pegawai wanita ICA di pejabat tersebut dan seorang lagi wanita orang awam,” katanya.

Tay kemudian memakai pakaiannya semula, menurut pihak pendakwa.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama lelaki itu mempamerkan ‘kelakuan yang tidak diingini’ di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Pada 2016 dan 2021, dia didapati bersalah dan didenda RM9,600 dan RM12,000 kerana menghamburkan kata-kata kesat terhadap pegawai di pusat pemeriksaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya