Kapal perisik China berlabuh di Sri Lanka, India dan AS khuatir

Kapal perisik China berlabuh di Sri Lanka, India dan AS khuatir

KAPAL penyelidik China, Yuan Wang 5 tiba di Pelabuhan Hambantota di Sri Lanka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMBANTOTA: Sebuah kapal penyelidik milik China berlabuh di pelabuhan Hambantota semalam, biarpun kehadiran kapal itu mencetuskan kebimbangan India dan Amerika Syarikat (AS).

Kapal Yuan Wang 5 memasuki pelabuhan laut dalam Hambantota selepas mendapat kebenaran masuk ke perairan Sri Lanka dengan syarat tidak akan melakukan sebarang kerja-kerja penyelidikan.

Kapal itu sepatutnya dijadualkan tiba pada minggu lalu, namun Colombo meminta Beijing menangguhkan kemasukan selepas mendapat bantahan dari India yang bimbang dengan aktiviti China di rantau Asia Pasifik.

Pada Sabtu lalu, Colombia mengumumkan kapal tersebut dibenarkan berlabuh di negara ini selama enam hari.

Laman web perkapalan menyifatkan Yuan Wang 5 sebagai kapal penyelidik, namun media India dan AS menyamakannya dengan kapal perisik yang mempunyai agenda.

Media India melaporkan, kapal itu digunakan untuk pemantauan angkasa lepas dan satelit, selain berfungsi sebagai pelancar peluru berpandu balistik antara benua.

Pelabuhan Hambantota diuruskan oleh China yang memajaknya selama 99 tahun dengan harga AS$1.12 bilion (RM5 bilion), kurang dari AS$1.4 bilion (RM6.25 bilion) yang dibayar oleh Sri Lanka kepada sebuah firma China untuk membinanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya