Bumi terbentuk selepas dihujani meteorit gergasi?

Bumi terbentuk selepas dihujani meteorit gergasi?

SERPIHAN meteorit Erg Chech 002 yang dikaji saintis di Brest, Perancis.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTH: Satu kajian baharu mendapati bumi sebenarnya terbentuk selepas benua ini dihujani meteorit gergasi sekitar 3.5 bilion tahun lalu. 

Dapatan itu diperoleh selepas penyelidik dari Universiti Curtin di Perth, Australia menganalisis kristal zirkon mineral dari Pilbara Craton bagi menyiasat asal-usul batu itu. 

Dr. Tim Johnson dari Curtin’s School of Earth and Planetary Sciences berkata, penyelidikan yang dijalankan menyediakan bukti kukuh pertama mengenai proses yang akhirnya membentuk benua bumi yang bermula dengan kesan meteorit gergasi. 

“Ia sama seperti meteorit yang bertanggungjawab menyebabkan kepupusan dinosaur sejak berbilion tahun lalu. 

“Sepanjang sejarah 4.5 bilion tahun lalu di bumi, jisim daratan yang pecah dan hanyut sudah disatukan semula. Ini adalah hasil haba daripada proses radioaktif dalam bahagian planet yang menyebabkan plat ini bergerak.

“Bagaimanapun, bahagian kerak yang besar akan menjadi kuat, kekal dan stabil sepanjang masa dan proses ini dikenali sebagai kraton,” katanya. 

Kraton ialah sekeping kerak planet yang kekal utuh sejak berbilion tahun, manakala, kepingan lain terputus dan bergerak membentuk benua. 

Dr. Johnson mendakwa ini adalah bukti paling kukuh daripada teori berusia beberapa dekad lalu mengenai benua bumi yang terbentuk akibat kesan meteorit gergasi. 

Beliau menegaskan memahami pembentukan dan evolusi berterusan benua adalah penting kerana manusia sangat bergantung kepadanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.