Bersungguh-sungguh pertahan Taiwan, AS mahu 'pegang' syarikat pengeluar cip terbesar dunia - Utusan Malaysia

Bersungguh-sungguh pertahan Taiwan, AS mahu ‘pegang’ syarikat pengeluar cip terbesar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM: Satu daripada aspek kunjungan Speaker Kongres Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan adalah untuk bertemu dengan Pengerusi Perbadanan Pembuatan Semikonduktor Taiwan (TSMC), Mark Lui.

Kunjungan itu bertepatan dengan usaha AS untuk meyakinkan TSMC yang merupakan pengeluar cip terbesar dunia supaya menubuhkan pangkalan pembuatan di AS dan berhenti menghasilkan cip untuk firma China.

AS merupakan antara negara paling banyak bergantung kepada cip buatan Taiwan, sekali gus menjawab persoalan mengapa Washington sanggup ‘melindungi dan mempertahankan’ Taipei dari diceroboh Beijing.

Semasa era pendtadbiran Presiden Donald Trump, syarikat reka bentuk semikonduktor AS seperti Intel sangat bergantung kepada rantaian bekalan di Asia untuk penghasilan produk mereka.

Kedudukan Taiwan dalam dunia pembuatan semikonduktor boleh diibaratkan seperti status Arab Saudi dalam Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Disebabkan itu, usaha China untuk bersatu dengan Taiwan amat membimbangkan AS kerana ia boleh mengancam kepentingannya.

Malah, Washington tidak dapat membayangkan sekiranya TSMC dikawal oleh Beijing.

AS cuba memancing TSMC untuk menubuhkan pangkalan di negara tersebut bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran cip domestik.

Kongres baru-baru ini meluluskan Akta Cip dan Sains yang menyediakan subsidi berjumlah AS$52 bilion (RM231.7 bilion) untuk menyokong pembuatan semikonduktor di AS.

Namun, subsidi itu hanya akan diberikan sekiranya syarikat terlibat bersetuju untuk tidak mengeluarkan semikonduktor canggih untuk firma China.

Ini bermakna, TSMC dan syarikat lain mungkin perlu memilih antara menjalankan perniagaan di China mahupun AS kerana kos pembuatan di AS disifatkan terlalu tinggi tanpa subsidi kerajaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.