Berdepan cuaca panas melampau, China malapkan lampu di tempat awam - Utusan Malaysia

Berdepan cuaca panas melampau, China malapkan lampu di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa bandar di barat daya China memalapkan lampu papan iklan, di stesen tren bawah tanah dan bangunan sebagai pendekatan terbaharu bagi menjimatkan penggunaan tenaga.

Langkah itu diambil ketika wilayah Sichuan merekodkan suhu setinggi 40 darjah Celsius pada minggu ini, menyebabkan permintaan terhadap alat penghawa dingin meningkat, selain banyak pusat takungan air semakin mengering.

Selain itu, sejumlah kilang di bandar Chengdu diarahkan ditutup, manakala jutaan penduduk di bandar Dazhou berdepan dengan catuan elektrik.

“Cuaca panas melampau menyebabkan bekalan elektrik untuk pengeluaran dan kegunaan harian di Chengdu sudah mencapai tahap paling maksimum.

“Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa terpaksa mengambil langkah penjimatan dengan memalapkan penggunaan lampu pada waktu malam,” menurut notis pengurusan pihak berkuasa yang dikeluarkan semalam.

Lampu pada papan nama syarikat juga akan dimalapkan, atau sesetengahnya membuat keputusan untuk menutup terus lampu yang dipasang.

Beberapa imej yang dikongsi dalam Weibo menunjukkan suasana suram di stesen bawah tanah serta kawasan tumpuan ramai berikutan lampu dimalapkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya